Filosofi Mengajar

Saya percaya setiap pelajar memiliki potensi yang istimewa, mungkin dalam bidang akademik, sukan, komunikasi, daya ingatan dan lain-lain lagi. Keputusan peperiksaan hanyalah sekadar batu loncatan bagi pelajar untuk memasuki sekolah atau institusi pengajian yang lebih popular, tetapi akhlak seorang pelajar tidak diuji dalam peperiksaan formal yang dijalankan dalam sekolah. Maka, saya amat mementingkan tingkah laku seorang pelajar berbanding dengan keputusan akademiknya. Saya berpendapat seorang pelajar yang baik tingkah lakunya, pencapaian akademiknya pun akan meningkat dari masa ke semasa. Peningkatan itu tidak semestinya berlaku dengan kadar yang cepat, tetapi ia mungkin berlaku dengan proses yang sangat perlahan ( mungkin bertahun-tahun)


Dalam kelas, saya akan cuba mewujudkan suasana pembelajaran yang menyenangkan, komunikatif dan interaktif dengan pelajar. Saya juga suka bersembang dengan mereka untuk mengetahui latar belakang pelajar saya dan cuba mengubah cara pengajaran saya selaras dengan minat dan tahap keupayaan mereka. Ini adalah kerana guru sepatutnya tidak melulu memberikan ilmunya, tetapi guru juga perlu menyerap ilmu dari pelajarnya. Dari situlah, saya berharap mereka dapat menghala ke arah pembentukan tingkah laku yang positif.

Akhir kata, mendidik anak dengan hati adalah sebuah keinginan yang saya cuba lakukan setiap kali berada di dalam kelas. “Mendidik Dengan Hati”, sebenarnya sangat mudah untuk diucapkan namun bukan senang untuk melaksanakannya.Ketika kita menggunakan hati semasa mengajar, pelajar pun akan merasa tersentuh.

No comments:

Post a Comment

Profil saya

Nama            : Chua Yoke Fon (efern ) Umur            : 34 tahun Warganegara : Malaysia Tarikh Lahir  : 3 Julai 1983 Jantina     ...